Presiden SEDAR Malaysia Nazrin Norani telah membuat laporan polis ke atas penganjur, Moderator dan juga Panelis pada forum Statut Rome yang telah berlangsung pada 27 April 2019 di Universiti Malaya bertempat di Fakulti Undang-Undang.

PRESIDEN Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat (SEDAR Malaysia), Nazrin Norani telah membuat laporan polis ke atas penganjur, Moderator dan juga Panelis pada forum Statut Rom yang telah berlangsung pada 27 April 2019 di Universiti Malaya bertempat di Fakulti Undang-Undang.

Pihak media boleh merujuk kepada laporan polis yang dilampirkan yang mana laporan polis telah dibuat pada hari yang sama bertempat di Balai Polis Pantai.

SEDAR Malaysia hadir pada forum tersebut untuk mendapatkan pencerahan tentang Statut Rom dan adalah mengejutkan apabila forum ini telah bertukar menjadi pesta untuk mencaci dan menghina Raja-raja Melayu.

Adalah memeranjatkan golongan “intelektual”yang berada di atas dan di bawah pentas berperangai seperti budak-budak yang tidak cukup akal dan fikiran, dengan memberi sorakan kepada setiap sindiran dan hinaan yang disebut oleh ahli panel berkenaan Raja-raja.

Forum ini juga telah menjadi wadah untuk menghina 4 orang ahli akademik yang telah memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja berkenaan Statut Rom.

Sikap golongan “intelektual”yang berada di atas dan di bawah pentas juga tidak ubah seperti pembuli apabila mereka bertepuk tangan dengan setiap kali ahli panel memanggil ahli akademik tersebut dengan gelaran yang berbentuk penghinaan seperti, bodoh dan professor kangkung.

Amat mengecewakan, forum yang sepatutnya boleh memberi banyak maklumat telah tercalar dengan tindakan-tindakan yang tidak wajar oleh ahli-ahli panel.

SEDAR Malaysia sentiasa meletakkan perlembagaan negara di tempat tertinggi.

Institusi Raja-raja Melayu diberikan tempat yang istimewa dalam perlembagaan.

Adalah menjadi kewajipan setiap rakyat Malaysia untuk menghormati institusi Raja-raja Melayu.

Kerana itu lah, SEDAR Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memburuk-burukkan institusi Raja-raja Melayu yang telah dilakukan oleh ahli-ahli panel forum tersebut. Kami di SEDAR Malaysia akan memastikan lebih ramai rakyat yang prihatin dengan isu ini, untuk tampil ke depan dan membuat laporan terhadap ahli-ahli panel,moderator dan penganjur forum tersebut. – NTHQiBord

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.