Syed Saddiq persoal TMJ kenapa nak tukar PM?

0

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menggesa rakyat agar menukar Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri ketika negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Muar itu berkata walaupun TMJ menggesa rakyat Johor agar mengekalkan Najib pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, tetapi rakyat tetapi memilih Tun Dr Mahathir Mohamad dari Pakatan Harapan (PH) dan menolak gesaan Tunku Ismail.

“Persoalan saya kepada TMJ, kenapa dahulu bila satu dunia kenali Malaysia sebagai Kleptokrasi, TMJ tak suruh “tukar Najib” tetapi sekarang suruh Perdana Menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk “ditukar”?

“Kami berkhidmat demi rakyat. Jatuh bangun kerajaan ini adaIah di tangan rakyat. Ini negara demokrasi berpelembagaan,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook semalam.

Syedd Saddiq turut membuat perbandingan tugas yang pernah digalas oleh TMJ ketika menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan tanggungjawab sebagai perdana menteri yang dipegang oleh Tun Mahathir.

“Kalau nak jaga FAM pun sukar sampai terpaksa letak jawatan tidak sampai setahun, bayangkan tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang ikhlas mahu memulihkan negara tercinta,” katanya.

Kenyataan Syed Saddiq itu membalas satu klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: “Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri.”

Mora yang dimaksudkan dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.

Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu. - NTHQiBord, 29 April 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.