PENGURUS Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi merupakan antara saksi perbicaraan kes tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram bernilai Rm42 juta oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan dana syarikat SRC International. - Ihsan The Star.

KUALA LUMPUR – Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari satu bukti penting dalam perbicaraan kes rasuah SRC International melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung pada minggu lalu.

Orang awam tidak boleh disalahkan kerana tidak mengetahui keterangan penting seorang saksi utama perbicaraan itu kerana mungkin testimoninya sengaja disembunyikan atau tidak diberi keutamaan oleh kebanyakan media arus perdana, media elektronik dan media siber.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan media di negara ini hari ini bersaing sesama sendiri untuk menjadi wadah terunggul bagi kerajaan Pakatan Harapan.

Pengurus Ambank cawangan Raja Chulan R Uma Devi pada minggu lalu memberi keterangan bahawa terdapat salah laku ketara dengan tanda tangan beberapa surat arahan pemindahan berkaitan dengan transaksi wang yang melibatkan akaun SRC International di AmBank.

Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa tandatangan yang diturunkan dalam beberapa surat pemindahan berjuta-juta ringgit adalah tidak sama.

Saksi ke-27 itu memberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil pernah mengeluarkan sepucuk surat arahan pemindahan wang bertarikh 23 Jun 2014 untuk memindahkan RM3 juta dari akaun Najib bernombor 211-202-201188-0.

Surat arahan yang sama bertarikh 8 Julai 2014, dikeluarkan oleh Nik Faisal untuk memindahkan RM20 juta dari akaun yang sama.

Nik Faisal juga mengarahkan AmBank untuk memindahkan RM10 juta ke akaun AmBank milik Najib yang bernombor 211-202-2011898.

Dalam satu lagi surat bertarikh 21 Ogos 2014, Nik Faisal mengarahkan pemindahan wang RM10 juta dari akaun Najib bernombor 211-202-2011898.

Nik Faisal ketika itu dilantik oleh Najib sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan tiga akaun bank beliau di AmBank.

Semasa pemeriksaan utama, Uma Devi mengenal pasti sepucuk surat bertarikh 3 Mac 2015 dari Nik Faisal.

Dalam surat itu, Nik Faisal mengarahkan pihak bank menutup tiga akaun Najib – 2112022011898, 2112022011880 dan 2112022011906 – dan memintahkan wang dari akaun tersebut ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Ihsan Perdana merupakan unit tanggungjawab sosial korporat di bawah SRC International.

Ketua peguam defendan, Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan kepada media bahawa testimoni oleh Umma Devi mengukuhkan hujah pihaknya bahawa Najib mungkin dimanipulasi oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Faisal mungkin menyebabkan Najib menjadi suspek kes itu.

Shafee berkata bukti-bukti menunjukkan bahawa terhadap tindakan tanpa kebenaran dilakukan oleh Jho Low dan ‘orang dalam’ bank untuk memanipulasi akaun Najib.

“Najib tidak tahu tentang semua transaksi ini.

“Atau menjelaskan tentang pemalsuan tandatangannya,” kata Shafee kepada media.

Beliau berkata pasukannya akan mendedahkan lebih banyak bukti kepada mahkamah termasuk perbualan antara pengurus perhubungan awam AmBank, Joanna Yu Ging Ping dan Jho Low menerusi sejumlah emel.

Perkara itu akan didedahkan bagi membuktikan Najib menjadi mangsa konspirasi penipuan pemindahan wang.

“Ini merupakan perbicaraan yang menarik. Ramai yang tertangkap.”

Najib berdepan tujuh pertuduhan melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Perbicaraan kes ini dikendalikan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – NTH QiBord, 29 April 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.