Bekas ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad.

KUALA LUMPUR – Sikap hipokrit DAP semakin terserlah walaupun parti itu sering melaungkan slogan menolak amalan kronisme dan nepotisme terhadap kerajaan terdahulu.

Perkara ini jelas terbukti apabila amalan kronisme dan nepotisme terus menjadi pegangan mereka apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Pakatan Harapan meletakkan calon daripada DAP yang merupakan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, iaitu Vivian Wong Shir Yee.

Maka tidak hairanlah jika bekas ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahkan bahawa situasi ini sudah membiak dalam parti komponen PH terutama DAP yang sememangnya sudah menyediakan tempat istimewa buat ahli keluarga mereka dalam parti.

“Satu benda yang perlu kita fahami ini ialah DAP merupakan parti anak beranak, yang mana seperti yang kita ketahui anak-anak Lim Kit Siang dinaikkan sebagai pemimpin hingga menjadi menteri dan senator dan sebagainya.

“Kemudian anak-anak mendiang Karpal Singh dan Patto Perumal. Kini anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

“Kalau kita lihat secara umumnya, parti anak beranak ini mengamalkan nepotisme yang cukup tinggi. Mereka ini mengambil anak-anak pemimpin tanpa mengambil kira latar belakang dan keadaan ahli-ahli parti yang begitu fanatik dengan parti,” katanya.

Timbalan Pengerusi Gagasan G3 itu turut mempersoal apakah dengan meletakkan Vivian adalah satu tindakan yang bijak. Malah ianya turut mengukuhkan lagi dakwaan amalan nepotisme dalam DAP yang selama ini bertiup kencang.

Tambah beliau, DAP mempunyai lebih ramai calon yang berkelayakan untuk diletakkan sebagai calon berdasarkan pengalaman serta senioriti dalam kepimpinan setempat.

“Mereka ini sudah lama mengamalkan sikap kuku besi dalam kepimpinan, saya pasti ramai dalam kalangan ahli-ahli DAP Sandakan yang mempunyai kredibiliti yang mampu menjadi calon yang lebih baik.

“Namun perkara ini sudah disangkal oleh pemimpin-peminpin mereka yang mengamalkan nepotisme ini, mereka sebelum ini sibuk sana sini kata parti lawan mereka laksana nepotisme.

“Mereka ini kerap mengamalkan family show semata-mata mereka ini diuruskan oleh diktaktor-diktaktor dan tokoh-tokoh yang dalam parti DAP,” ujarnya ketika sesi wawancara ‘Apa Lagi Temberang DAP?’ di Facebook rasmi Nothing To Hide. – NTHQiBord, 30 April 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.