Saya tidak pekak, Mufti Perlis jawab Tun M

0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyifatkan beliau tidak ‘pekak’ dan luahannya baru-baru ini adalah bersifat realiti.

Tambahnya, beliau mewakili setiap lapisan masyarakat terutama orang Islam di negara ini yang merasakan semakin teracam dibawah pentadbiran dibawah Pakatan Harapan (PH).

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

“Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan balasnya itu susulan tuduhan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Mohd Asri sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa kerajaan PH tidak mempertahankan Islam.

Mohd Asri dan Tun Mahathir sebelum ini mempunyai hubungan yang akrab, namun kini Mufti Perlis itu dilihat sudah mula berubah dan seolah-olah seperti kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH yang disifatkan gagal dalam mempertahankan Islam.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Mohd Asri juga pernah secara terbuka menyifatkan PH bakal menjadi kerajaan sepenggal sekiranya mereka tidak berubah dan berupaya mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin terhakis. – NTHQiBord, 30 April 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.