Apa maksud Malaysia Baru? Mari nak kabor.

Maksudnya begini. Membawa sesuatu benda yang baru yang bukan saja tidak pernah berlaku dalam negara. Malah tidak pernah berlaku dalam dunia.

Belum ada dalam dunia ini, yang ayahnya duduk dalam Parlimen menjadi perdana menteri dan anaknya juga dalam Parlimen sebagai ahli Parlimen. Bukan saja sebagai ahli Parlimen, malah sebagai menteri besar lagi.

Jom kita lihat beberapa kisah ajaib ini yang hanya berlaku di Malaysia Baru.

Kisah satu:

Ayah – Ahli Parlimen Langkawi merangkap perdana menteri.
Anak – Ahli Parlimen Jerlun merangkap menteri besar Kedah.

Kisah dua:

Suami – Ahli Parlimen Port Dickson.
Isteri – Ahli Parlimen Pandan.
Anak – Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kisah tiga:

Ayah – Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
Anak – Ahli Parlimen Bagan.

Kisah empat:

Abang – Ahli Parlimen Puchong.
Adik – Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Adik – Adun Datuk Keramat Pulau Pinang.

Kisah lima:

Bapa Mertua – Adun Semenyih meninggal dunia
Menantu – dipilih sebagai calon ganti bapa mertua.

Kisah enam:

Ayah – Ahli Parlimen Sandakan meninggal dunia.
Anak – Dipilih sebagai calon ganti ayah.

Itu belum ambik kira dialah ahli parlimen dia juga Adun. Contohnya seperti Lim Guan Eng, Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Johari Abdul, Mukhriz Mahathir.

Begitulah sebahagian contoh bagaimana suburnya nepotisme dalam alaf Malaysia Baru. Padanlah mereka dan anak beranak mereka sahaja yang mahu menguasai Malaysia.

Itu belum dikira lagi bagaimana anak-anak dan rakan-rakan mereka cuba menguasai dunia perniagaan di negara kita. Akhirnya negara ini jadi milik mereka sahaja.

Saya kaitkan tulisan ini dengan kisah Nabi Muhammad SAW.

Suatu hari Nabi Muhammad menangis sehingga basah janggutnya, maka ditanya para sahabat kenapa baginda menangis.

Jawab Rasullah, baginda bermimpi dalam gambaran mimpi itu ada tiga kolam – ada dua kolam besar dan di tengah kolam besar itu ada kolam kecil.

Ada ikan melompat lompat masuk di antara dua kolam besar sahaja. Seekor pun tak masuk ke dalam kolam kecil.

Maka ditanya para sahabat apakah maksud mimpi tersebut?

Maka Rasulullah menyebut di akhir zaman nanti akan lahir pemimpin dan orang orang kaya yang mengagihkan kekayaan dan kepentingan hanya berlegar sesama mereka sehingga kekayaan tidak langsung sampai kepada orang orang miskin dan rakyat yang ramai.

Itulah gambaran ikan dari kolam besar melompat ke kolam yang besar juga. Tidak ada seekor pun melompat ke kolam kecil.

Begitulah sekarang. Yang kaya bertambah kaya. Jawatan politik diagih sesama anak beranak.

Barisan Nasional juga semasa berkuasa beberapa kali melakukan perkara tersebut, tetapi kerajaan Pakatan Harapan lebih teruk dan parah. Cuma menghairankan rakyat boleh menerima dan memuji pula apa yang mereka lakukan.

Allahualam.

HAMDAN TAHA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.