KUALA LUMPUR –  Tun Dr Mahathir masih dengan sikap lamanya iaitu seorang yang sentiasa mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Perdana menteri itu akhirnya mengesahkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bakal bersara wajib pada 4 Mei, Sabtu.

Mohamad Fuzi yang bakal menjengah usia 60 tahun pada 4 Mei ini, memegang jawatan itu sejak 4 September 2017 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut pada sambutan Hari Buruh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini dengan memaklumkan Yang Di-Pertuan Agong telah menandatangani surat pelantikan Hamid.

Dengan pengesahan ini, Mahathir akhirnya membuka rahsia lama bahawa beliau akan melantik kroninya Hamid sebagai KPN.

Pengumuman tersebut mendapat banyak maklum balas negatif daripada netizen yang menyifatkan pelantikan itu sebagai transformasi kepada pasukan polis menjadi komponen lain dalam rejim Mahathir yang memerintah sekarang.

Hamid sebelum ini pernah mengisytiharkan bahawa beliau adalah penyokong kepada perdana menteri itu yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun.

Dengan pelantikan ini, Mahathir dilihat akan menghidupkan semula corak pemerintahan kuku besi ketika beliau menjadi perdana menteri keempat. – NTHQiBord, 1 Mei, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.