KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkritik hasrat kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhasrat untuk mewujudkan pasukan cybertrooper yang dibiayai oleh kerajaan.
Sambil berseloroh beliau membangkitkan adakah Pakatan Harapan (PH) sudah berhasrat untuk menunaikan manifesto mereka pada Pilihanraya Umum ke-14 yang kononnya mahu mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Pemimpin PH Pulau Pinang mahu kerajaan membiayai pasukan cybertrooper secara rasmi untuk mempertahankan kerajaan PH.
“Mungkin ini antara langkah kerajaan PH untuk menepati janji untuk wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minima RM2,500 sebulan?,” katanya menerusi akaun Facebooknya, hari ini.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga Jason Ong membangkitkan cadangan untuk menubuhkan pasukan khas cybertrooper yang bertujuan terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri dalam mengekang serangan daripada penyokong pembangkang. – NTHQiBord,1 Mei 2019.