KUALA LUMPUR – Sikap rakyat yang suka memilih kerja menjadi punca kebanjiran pekerja asing di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata berkata akibat sikap itu, pekerja asing akhirnya merebut peluang berkenaan walaupun rakyat negara ini mampu melakukannya sendiri.

“Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata, kerajaan sedar terhadap kebimbangan rakyat berhubung kebanjiran pekerja asing di dalam negara.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan hanya apabila mereka benar-benar diperlukan oleh sektor-sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan seperti sektor jenis 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)

“Ingin saya tekankan bahawa dasar kerajaan amat jelas bahawa keutamaan pekerjaan di Malaysia adalah kepada warganegara,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online. – 1 Mei, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.