Ustaz Abu Hassan Din telah kembali ke rahmatullah

0

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Memetik laporan Utusan ONLINE, perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad.

“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

Berita selanjutnya akan menyusul. – Utusan ONLINE 1 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.