KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi disarankan agar tidak kembali memimpin UMNO.

Demikian antara saranan Datuk Mustafa Ali, veteran PAS ketika wawancara bertajuk ‘Apa kelebihan kerajaan PH’ dalam program Nothing to Hide.

“Perlu diingatkan bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO ini perlu elakkan mana-mana personaliti yang diragukan seperti Najib dan Zahid,”

“Kedua-duanya jangan masuk balik (kembali memimpin UMNO) kerana mereka sedang menghadapi pelbagai tuduhan di mahkamah dan belum lagi dibersihkan,” tegas Mustafa. yang juga dikenali sebagai Cikgu Pa.

Cikgu Pa tidak bermaksud mereka bersalah sebab mahkamah belum memutuskan kedudukan mereka.

Menurut beliau Datuk Seri Mohamad Hassan yang memangku jawatan presiden UMNO sekarang wajar meneruskan tugasnya.

Beliau menegaskan PAS mesti mengambil kira semua faktor tersebut jika ingin terus mengadakan ta’awun dengan UMNO. – NTHQiBord, 2 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.