Wednesday, August 21, 2019
Home Luar Negara Polis Sri Lanka namakan sembilan pengebom bunuh diri

Polis Sri Lanka namakan sembilan pengebom bunuh diri

0

COLOMBO – Polis Sri Lanka hari ini menamakan sembilan orang terlibat dalan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan 253 orang disamping merampas aset penyerang selari dengan undang-undang antikeganasan.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, kumpulan tersebut menggunakan seorang pengebom bagi setiap satu lokasi serangan kecuali Hotel Shangri-La dengan dua orang.

Katanya, pengebom di hotel itu ialah Zahran Hashim iaitu ketua kumpulan National Thowheeth Jama’ath (NTJ) bersama Ilham Ahmed Mohamed Ibrahim.

“Abang sulung Ilham, Inshaf Ahmed pula mengebom berdekatan Hotel Cinnamon Grand.

“Hotel ketiga, Kingsbury dibom lelaki dikenal pasti sebagai Mohamed Azzam Mubarak Mohamed manakala isterinya kini dalam tahanan polis,” katanya.

Tambahnya, Gereja St. Anthony dilakukan penduduk tempatan, Ahmed Muaz dengan abangnya juga telah ditahan.

“Pengebom bunuh diri di Gereja St. Sebastian ialah Mohamed Hasthun dan Gereja Christian Zion di Batticaloa dibom oleh Mohamed Nasser Mohamed Asad.

“Seorang lelaki dikenal pasti sebagai Abdul Latheef telah gagal meletupkan bomnya di Hotel De Luxe kemudian meledakkannya di sebuah rumah tamu berdekatan ibu negara.

Tidak berapa lama selepas serangan bom di hotel mewah, Fathima Ilham, isteri kepada dua beradik yang muda meletupkan diri membunuh dua anaknya dan tiga pegawai polis ketika serbuan kediaman keluarga mereka di Colombo. – AFP, 2 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.