KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia mungkin dibubarkan tetapi bergantung kepada proses siasatan dan pelan pemulihan, seperti yang dinyatakan oleh pengerusinya Tan Sri Eddy Chen.

“Kami dapati ia sangat mencabar kerana model perniagaan ini bergantung kepada jumlah. Kami diberi sasaran yang besar untuk dibina tetapi tanah yang kecil saiznya”. Kata Eddy.

PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi dengan konsep gaya hidup untuk isi rumah berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Objektifnya ialah unit-unit perumahan akan dijual antara RM100,000 hingga RM400,000.

Unit-unit perumahan akan dibina di kawasan strategik utama di seluruh negara, PR1MA terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000, seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. – 2 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.