Thursday, August 22, 2019
Home Luar Negara Seorang renjer maut, tiga cedera dalam letupan bom berasingan di Pattani

Seorang renjer maut, tiga cedera dalam letupan bom berasingan di Pattani

0

PATTANI – Seorang renjer maut manakala tiga anggota skuad pemusnah bom cedera dalam dua insiden letupan berasingan di Pattani, selatan Thailand dalam tempoh 48 jam.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Panare, Kapt. Pol. Norawich Thongsod berkata dalam kejadian pertama, kira-kira 10.20 pagi (waktu tempatan), mangsa yang dikenali sebagai Damrong Thong-u, 34, mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama lima lagi rakan sedang menjalankan rondaan di Kg Rawor, Daerah Panare, Pattani.

“Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri itu meletup dengan diaktifkan oleh bateri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian kedua, kira-kira 9 pagi (waktu tempatan) semalam, tiga anggota skuad pemusnah bom cedera apabila dua butir bom meletup di Nong Chik, Pattani.

Skuad pemusnah bom berada di tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan berikutan letupan berlaku yang berlaku pada malam Isnin. – 2 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.