KUALA LUMPUR – Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, mencatat sejarah baharu negara apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri, sekali gus menamatkan teka-teki pengganti Tan Sri Richard Malanjum yang tamat perkhidmatan pada 12 April 2019.

Tengku Maimun sebelum ini memikul tugas sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja bersetuju dengan pelantikan beliau sebagai hakim tertinggi negara.

Tambah kenyataan itu, majlis penyampaian watikah dan istiadat mengangkat sumpah akan diadakan kemudian selepas Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan tarikh ditetapkan.

Berdasarkan rekod perkhidmatan Tengku Maimun mula berkhidmat sebagai  Pesuruhjaya Hakim pada 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Kemudian beliau dinaikkan ke Mahkamah Rayuan pada 2013 sebelum  dilantik Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018. – NTHQiBord, 2 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.