KUALA LUMPUR – DAP merancang menghapuskan institusi raja-raja dan hak istimewa orang Melayu menjelang 2030, kira-kira 11 tahun lagi jika mereka terus dapat mengekalkan kuasa sebagai kerajaan.

Demikian dakwa Ustaz Ahmad Husam Baderudin dalam bual bicara Nothing to Hide yang bertajuk ‘Kerajaan U-turn dan Copy Paste’.

Ustaz Husam mahu orang ramai merujuk Deklarasi Setapak untuk mengetahui lebih lanjut tentang agenda DAP itu.

“Yang menjadi halangan terakhir bagi menjayakan agenda DAP iaitu hak sama rata bagi semua rakyat kini ialah institusi raja-raja, selepas mereka berjaya menguasai bidang ekonomi dan politik,” ujar beliau.

Oleh sebab itu, mereka menyerang institusi raja-raja secara terancang melalui penyokong-penyokongnya yang menggunakan media-media sosial.

“Jika kita lihat, serangan itu bermula sebaik sahaja mereka menang PRU14 yang lalu. Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ketika itu diserang kerana dianggap sengaja melambat-lambatkan pelantikan perdana menteri yang baharu.

“Mereka juga turut menularkan pelbagai cerita yang negatif tentang YDPA terdahulu, malah YDPA yang baharu turut menjadi sasaran mereka,” terang Ustaz Husam.

Katanya lagi, selama lebih 60 tahun negara merdeka, tidak pernah berlaku institusi raja-raja diserang dan dihina seperti yang berlaku sekarang ini.

Semua ini adalah agenda DAP untuk menghapuskan institusi raja-raja dan seterus menjadikan Malaysia negara republik seperti Singapura dan Indonesia. – NTHQiBORD, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.