KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin melabel Mohd  Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘lalang’ susulan pertelagahan Mufti Perlis itu dengan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Ahmad Husam berkata, Mohd Asri atau dikenali sebagai Maza merupakan seorang yang bijak mengambil peluang mengikut keadaan semasa disebabkan pendiriannya yang tidak konsisten.

“Dulu rakyat memihak kepada Pakatan Harapan, sekarang rakyat kembali kepada Umno, dan dia (Mohd Asri) pun kembali kepada UMNO dan PAS.

“Saya tak berapa harap (percaya) dengan dia. Bagi saya dia ni ‘makan keliling’. Dulu apa yang tak pernah dia hina PAS dan UMNO?

“Boleh buka balik YouTube, tengok satu persatu penghinaan dia terhadap PAS dan UMNO,” katanya pada sesi wawancara bertajuk ‘Kerajaan U-Turn & Copy Paste’ bersama Nothing To Hide, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan moderator mengenai keresahan Mohd Asri terhadap ancaman kepada umat Islam di Malaysia yang mencetuskan pergeseran antara Mufti Perlis itu dengan Tun Mahathir.

Walaupun berkongsi keresahan yang sama, Ahmad Husam mempersoalkan sokongan Mohd Asri yang ditunjukkan kepada Tun Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu yang kini sudah berubah nada.

“Dulu dialah yang (sokong) air mata Tun gugur depan ulamak, tiba-tiba sekarang dia nak buat u-turn?

“(Dalam banyak-banyak) manusia, mufti ni (Mohd Asri) saya tak berapa nak percaya, dia jenis ‘lalang’ ni. Saya tak berapa nak percaya,” katanya. – NTHQiBord, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.