KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Chawan, Seksyen 6/15, Petaling Jaya hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, ahli keluarga Musa dalam satu kenyataan memberitahu, Allahyarham Puan Sri Juriah Datuk Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 10.17 malam tadi.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya, dekat sini untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah pada pukul 8 pagi esok.

“Pengebumian pula akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara dekat sini pada pukul 10.30 pagi,” jelasnya.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010. – 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.