KUALA LUMPUR – Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong yang ditahan atas tuduhan membunuh Kim Jong Nam, saudara tiri kepada pemimpin korea utara Kim Jong Un dibebaskan hari ini, demikian maklum peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik.

Dia yang didakwa bersama seorang lagi wanita warga Indonesia, Siti Aisyah kerana menyembur cecair beracun ke muka Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa pada tahun 2017 lalu.

Pihak Huong mencapai persetujuan dengan pihak pendakwaan Malaysia pada bulan lepas dan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan “menyebabkan kecederaan”.

Sebelum itu Huong dan Siti Aishah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Mereka mendakwa diperdayakan untuk suatu rancangan TV yang bertujuan mengenakan seseorang. – NTHQibord 3 Mei 2019

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.