Friday, December 6, 2019
Home Luar Negara Lapan migran Afrika maut dalam kem sementara Yemen

Lapan migran Afrika maut dalam kem sementara Yemen

0

DUBAI – Sekurang-kurangnya lapan migran Afrika maut dalam kem sementara di Yemen yang berada dalam peperangan, semalam.

Pengarah Operasi dan Kecemasan Organisasi Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) berkata, mangsa tersebut maut berikutan komplikasi berkaitan cirit-birit akut di Hospital Ibn Khaldoon di Lahj, daerah selatan dikawal kerajaan Yemen dalam peperangan dengan pemberontak utara.

Katanya, kebanyakan mangsa merupakan warga Ethiopia.

“Saya sangat bersedih dengan kematian lapan migran ini, merupakan antara ribuan yang berada dalam keadaan menyedihkan merentasi Yemen.

“Kami telah mengutuk polisi ini kepada pihak berkuasa, meminta agar mengambil pendekatan lebih kemanusiaan terhadap migran,” katanya.

Tegasnya lagi, IOM mempunyai bukti yang mana pengawal-pengawal melepaskan tembakan terhadap migran di stadium sukan di Aden mencederakan dua orang dan membiarkan seorang remaja lelaki ‘berkemungkinan lumpuh sepanjang hayat’. – AFP, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.