Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, bertunang dengan kekasihnya, Clarke Gayford.

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, bertunang dengan kekasihnya, Clarke Gayford, selepas lelaki itu melamarnya ketika cuti sambutan Easter, kata jurucakapnya hari ini.

Gayford, hos rancangan memancing televisyen berusia 41 tahun, menjaga anak perempuan mereka, Neve Te Aroha, 10 bulan, ketika Ardern, 41, mentadbir negara.

Kehamilannya diumumkan awal 2018 yang dilihat ramai sebagai simbol kemajuan wanita dalam kepemimpinan.

Beliau ialah pemimpin kedua melahirkan anak ketika masih berkhidmat selepas bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, pada 1990.

Ketenangan dan cara Ardern berhadapan pembunuhan beramai-ramai jemaah di dua masjid di Christchurch melonjakkan pujian kepada pemimpin yang dikritik di negaranya berhubung cara beliau mengendalikan ekonomi dan dasar kerajaan. — Reuters, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.