Tuesday, August 20, 2019
Home Luar Negara Rakyat Sudan berhimpun besar-besaran di luar ibu pejabat tentera

Rakyat Sudan berhimpun besar-besaran di luar ibu pejabat tentera

0

KHARTOUM – Rakyat Sudan mula berkumpul di luar ibu pejabat tentera bagi perarakan ‘kekuatan berjuta’ untuk menekan bagi pentadbiran awam selepas perbincangan dengan pemerintah tentera bermasalah, hari ini.

Kedua pihak bersetuju menubuhkan majlis bersama tentera-awam untuk memerintah Sudan namun pertikaian berlaku mengenai komposisi keanggotaan.

Bagaimanapun, pihak tentera mendesak daripada 10 ahli majlis, tujuh diwakili tentera dan tiga awam.

Justeru itu, pemimpin protes daripada Pakatan Kebebasan dan Perubahan memberitahu, jeneral tidak serius untuk menyerahkan kuasa kepada awam.

Pakatan itu meminta majlis terdiri daripada lapan wakil awam dan tujuh tentera. – AFP, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.