KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam di negara ini semakin terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata seorang pendakwah bebas.

Ustaz Ahmad Husam berkata perkara ini bukanlah sesuatu yang bersifat retorik, malahan inilah realiti kehidupan semenjak di era Malaysia baharu

Ahmad Husam turut mengakui isu ini berkait dengan beberapa peristiwa , antaranya penyebaran agama Kristian yang menfokuskan kepada masyarakat Melayu.

Sehubungan itu beliau bersetuju dengan kenyataan daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tempoh hari yang mengatakan bahawa keadaan umat Islam di negara ini semakin membimbangkan.

“Kenyataan beliau saya sokong. Kalau ditanya adakah Melayu Islam terancam di bawah pemerintahan PH. Saya katakan ya, perkara ini sangat menakutkan.

“Kita bukan bercakap dengan emosi tetapi adalah berdasarkan fakta,” tegasnya.

Tambah beliau, perkara ini tidak pernah terjadi ketika kerajaan sebelum ini. Orang bukan Islam sengaja mengambil kesempatan dengan kerapuhan pentadbiran kerajaan untuk mengganggu gugat keistimewaan agama Islam.

Ahmad Husam turut mengakui isu ini berkait dengan beberapa peristiwa , antaranya penyebaran agama Kristian yang menfokuskan kepada masyarakat Melayu.

“Jika kita lihat kembali pada bulan November lepas, bagaimana isu pengedaran Bible yang dilakukan di Pulau Pinang. Disebarkan di hadapan sekolah Melayu.

“Saya hendak bertanya kepada anda, sekiranya anak anda bersekolah di situ dan diberikan Bible. Adakah anda fikir ia tidak terancam ? “ ujarnya.

Tambahnya, beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kerajaan PH yang seolah-olah membenarkan keadaan ini berlaku kerana tidak mengambil tindakan lanjut terhadap kumpulan yang terbabit.

“Apa tindakan yang kerajaan lakukan ? Tidak ada apa. Maaf jika saya tidak mengetahui. Namun adakah hingga ke hari ini bulan Mei penangkapan telah dilakukan terhadap pengedar-pengedar Bible di sekolah terbabit.

“Kita marah.. mereka sebar di Puchong pula, kemudian ke Kedah..edar ke rumah-rumah orang melayu.

“ Daripada penyebaran di kawasan sekolah,kemudian diteruskan ke kawasan perumahan Melayu akhirnya kemuncak mereka dengan beraninya meletakkan Bible di dalam masjid,” katanya ketika sesi wawancara bertajuk ‘Kerajaan U-Turn & Copy Paste’ bersama Nothing To Hide, malam semalam.

Beliau turut bertegas mengingatkan pengedar Bible untuk merujuk kembali Perlembagaan persekutuan, Perkara 3 yang secara jelas mengatakan bahawa agama rasmi negara adalah Islam.

Tambahnya, jangan sesekali cuba bertindak melampui batas kerana ianya mampu menjejaskan perpaduan dan keamanan negara. – NTHQibord, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.