Friday, December 6, 2019
Home Luar Negara Ribut Siklon Fani : Rakyat India berjaga-jaga

Ribut Siklon Fani : Rakyat India berjaga-jaga

0

BHUBANESWAR – Hampir 800,000 orang di timur India telah dievakuasi berikutan Ribut Siklon Fani yang membawa kelajuan angin sehingga 200 kilometer seham dan hujan lebat, menurut pihak berkuasa hari ini.

Perkhidmatan Cuaca India berkata, ribut siklon tersebut dijangka akan tiba pada Jumaat sekitar tengah hari di negeri Odisha dan menuju utara timur laut ke arah Bangladesh.

Laluan itu menempatkan kediaman lebih 100 juta orang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi India memberitahu, bersama hujan ‘lebat ekstrem’ dengan ribut sekitar 1.5 meter ‘sangat berkemungkinan’ membanjiri kawasan rendah di Odisha. – AFP, 3 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.