KUALA LUMPUR – Para petani melahirkan rasa sinis dengan kenyataan pimpinan kerajaan yang menyarankan agar rakyat perlu berubah dan memberi cadangan supaya menanam padi pada waktu malam.

Memetik laporan Utusan Online, pesawah Saifullah Abi Jamrah berkata beliau sendiri tidak pernah melihat mana-mana petani lain melakukan demikian memandangkan pada waktu malam mereka akan terdedah dengan risiko terjumpa haiwan berbisa seperti ular dan lain-lain.

“Bukan sahaja bahaya, malah kos juga bertambah apabila perlu memasang lampu selain padi tidak sesuai ditanam waktu malam.

“Sekarang barang mahal, takkan kami perlu mengeluarkan lagi kos untuk membeli lampu.

“Saya lihat cadangan itu (tanam pada waktu malam) adalah sangat tidak sesuai dan tidak masuk akal,” katany yang berasal dari Guar Sanji, Perlis.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, mengumumkan bakal memperkenalkan inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat maklum balas pelbagai daripada netizen yang majoritinya menempelak pelaksanaan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.