Ramadhan bakal menjengah kita lagi dalam beberapa hari ini. Bulan yang penuh keberkatan, bulan memperbanyakkan ibadah, bulan turunnya Al-Quran, bulan yang tersangat istimewa bagi umat Islam.

Oleh itu, mari kita mengkaji kembali petikan rencana daripada Sirap Limau dalam mempersiapkan diri dalam menhadapi bulan yang penuh barakah ini.

Perkara asas ketika ibadah puasa pada bulan Ramadhan

  1. Pengertian puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

  1. Hukum berpuasa di bulan Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syaratnya.

Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa nazar, dan puasa ganti (qada’).

  1. Syarat-syarat wajib puasa

Seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib ke atasnya untuk menunaikan ibadah puasa.

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berupaya (sihat)
  • Bermukim
  1. Niat puasa Ramadhan

5. Perkara yang disunatkan ketika bulan puasa

  • Makan Sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  • Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Membaca Al-Quran
  • Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
  1. Perkara makruh dilakukan ketika berpuasa
  • Berbekam
  • Mengeluarkan darah
  • Berkucup / bercium
  • Merasa makanan
  • Bersugi selepas gelincir matahari
  • Mencium wangian
  1. Perkara membatalkan puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid dan nifas
  • Gila
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • Murtad
  1. Doa ketika berbuka puasa

  1. Bagaimana jika tidak mampu berpuasa ?

Antara golongan yang diberi keringanan daripada menjalankan ibadah puasa adalah:

  • Orang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  • Pekerja yang melakukan kerja berat
  • Golongan di atas diharuskan ke atas mereka berbuka sekiranya tidak terdaya.

Namun, wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Jika tidak mampu juga, diwajibkan membayar fidyah.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184).

  1. Kifarah puasa

Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah (denda).

Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada’) puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  • Membebaskan seorang hamba yang beriman
  • Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
  • Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu. – 4 Mei 2019.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.