KUALA LUMPUR – Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di Perkarangan SOGO hari ini merupakan lambang kemarahan rakyat terhadap sikap pemimpin Pakatan Harapan terutama dari DAP, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berkata semua ini adalah kerana sikap menteri DAP terutama dalam kalangan India yang seringkali memainkan isu perkauman dalam rusuhan kuil Seafield yang menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib.

“(P.) Waytha Moorthy dan (M.) Kulasegaran perlu ditahan,” kata Asyraf dihadapan peserta himpunan petang tadi.

Ucapan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana itu adalah merujuk kepada menteri perpaduan dan menteri sumber manusia yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyalahkan kegagalan polis mengawal rusuhan.

Beliau dalam ucapannya juga turut mendesak supaya Peguam Negara Tommy Thomas untuk melepaskan jawatannya dengan segera.

“(Ada) kata raja Melayu perompak, dalam forum itu ada Peguam Negara Negara Tommy Thomas. Kita mesti desak Tommy Thomas letak jawatan. Dia tak layak jadi peguam negara, dia biarkan raja Melayu dihina,” katanya. – 4 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.