KUALA LUMPUR – Tommy Thomas dianggap tidak menghormati Tun Mahathir kerana menjadi panelis forum yang berkaitan Statut Rom.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ketika ditemubual NTHQIBORD baru-baru ini.

“Walaupun Tun Mahathir sudah menyatakan bahawa Statut Rom ditarik, namun selepas itu suatu forum yang membicarakannya diadakan dan Tommy turut menjadi ahli panelnya,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bera Pahang.

Menurut beliau sama ada Tommy atau mana-mana menteri tidak boleh terus berbicara tentang Statut Rom kerana telah diputuskan ditarik balik selepas mesyuarat kabinet.

Menurut Ahmad Sabri lagi, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pernah menyatakan bahawa isu ICERD telah mencapai noktahnya, tetapi Statut ROM belum. Bagi beliau kenyataan itu menggambarkan seolah-olah mencabar Tun Mahathir sendiri.

Forum berkenaan Statut Rom tersebut diadakan di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada 27 April yang lalu. Barisan panelis forum tersebut ialah Peguam Negara Tommy Thomas, pengasas Gerakan G25 Datuk Noor Farida Ariffin, Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, peguam Lim Wei Jiet, dan aktivis Asheeq Ali Sethi Alivi. – NTHQIBORD 4 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.