NEW DELHI – Masjid Jama di New Delhi, India telah melarang mana-mana pelancong memasuki pekarangan masjid itu selepas satu rakaman video memaparkan dua remaja sedang menari menjadi topik hangat di media sosial.

Klip video tersebut didakwa dirakamkan menggunakan aplikasi TikTok.

Tidak lama selepas itu, muncul beberapa video lain menunjukkan beberapa individu menari dan menyanyi di masjid itu yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Beberapa pengguna Twitter berang dengan perbuatan biadab mereka yang tidak menghormati masjid tersebut.

Susulan itu, jawatankuasa masjid telah meletakkan papan tanda melarang kemasukan pelancong dan hanya yang mahu menunaikan solat dibenarkan masuk. – AGENSI, 5 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.