Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di Perkarangan SOGO semalam merupakan simbolik kepada kebencian rakyat terhadap sikap pemimpin Pakatan Harapan terutama dari DAP, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang berlangsung di Perkarangan SOGO semalam merupakan simbolik kepada kebencian rakyat terhadap sikap pemimpin Pakatan Harapan terutama dari DAP, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berkata semua ini adalah kerana sikap menteri DAP terutama dalam kalangan India yang seringkali memainkan isu perkauman.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berkata semua ini adalah kerana sikap menteri DAP terutama dalam kalangan India yang seringkali memainkan isu perkauman.

Khususnya dalam insiden rusuhan kuil Seafield yang menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib, tegasnya.

“Mana dia menteri-menteri India yang membuat kenyataan menghasut masyarakat India untuk berkumpul pada malam Adib dibunuh itu ?

“Sepatutnya ini mereka (menteri) semua ditangkap.

“P. Waytha Moorthy dan M Kulasegaran perlu ditahan,” kata Asyraf dihadapan peserta himpunan petang semalam.

Ucapan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana itu adalah merujuk kepada menteri perpaduan dan menteri sumber manusia yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyalahkan kegagalan polis mengawal rusuhan.

Beliau dalam ucapannya juga turut mendesak supaya Peguam Negara Tommy Thomas untuk melepaskan jawatannya dengan segera.

“(Ada) kata raja Melayu perompak, siapa dalam forum itu ? Termasuklah Peguam Negara Negara Tommy Thomas. Kita mesti tuntut Tommy Thomas letak jawatan.

“Dia tak layak menjadi peguam negara, dia telah membiarkan raja-raja Melayu dihina,” katanya. – NTHQiBord 4 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.