KUALA LUMPUR – PAS mengutuk serangan terbaharu Israel terhadap Gaza yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

“PAS mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Gaza di ambang Ramadan yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa,” demikian kata Presiden PAS dalam suatu kenyataannya hari ini dalam Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS turut berasa kesal dengan sikap dingin negara Arab yang sibuk dengan krisis dalaman sehingga tidak mempedulikan nasib saudara kita di Palestin demi menjaga keselamatan Israel dan kepentingan sendiri.

“PAS telah menggerakkan usaha bantuan melalui PAS Relief dan NGO-NGO yang sedang berada di perbatasan untuk menghulurkan bantuan segera, termasuk persiapan untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,

“Dengan keberkatan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama bermunajat dan berdoa diberikan pertolongan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk menghadapi tentera Israel yang dilaknat oleh Allah SWT,” ujar beliau lagi. – NTHQIBORD 5 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.