Perkara ini berikutan pelabur antarabangsa lebih tertarik kepada pasaran sedang pesat membangun yang lain, terutamanya China dan Thailand, kata Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew.

KUALA LUMPUR – Penganalisis menjangkakan aliran keluar dana asing daripada Bursa Malaysia dijangka berterusan.

Perkara ini berikutan pelabur antarabangsa lebih tertarik kepada pasaran sedang pesat membangun yang lain, terutamanya China dan Thailand, kata Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew.

“China telah mencatat prestasi yang amat baik sejak awal tahun ini, berikutan penjualan yang dilihat pada Disember telah berakhir.

“Bagi indeks pasaran saham Thailand, ia telah melebihi petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada bulan ini selepas mencatat prestasi yang rendah sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Indeks Bursa Saham Thailand (SET) ditutup pada 1,679.05 pada Jumaat, manakala Bursa Malaysia pada 1,637.30.

Selain itu, Pong berkata pendapatan korporat yang mengecewakan sejak akhir 2017 turut menyebabkan pasaran saham tempatan kurang menarik.

“Kita memasuki musim pendapatan suku tahun Mac di mana pengumuman korporat akan dibuat secara berperingkat pada separuh kedua bulan ini, bagaimanapun saya bersedia untuk melihat lebih banyak pengumuman yang mengecewakan,” katanya. – 5 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.