Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) membantah keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang meminda beberapa peraturan dalam pertubuhan itu tanpa melalui pandangan ahli sangat mengecewakan.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) membantah keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang meminda beberapa peraturan dalam pertubuhan itu tanpa melalui pandangan ahli.

Pengerusi PPNS Dr Abdul Razak Kasbollah berkata, pindaan itu secara jelas memperlihatkan cubaan pihak kementerian untuk campur tangan.

Tambah beliau tindakan ini juga dilihat sebagai melanggar prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini di mana Ahli Jemaah Pengarah PPK, PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (NAFAS) dipilih oleh akar umbi.

“Pertubuhan Peladang bukanlah syarikat milik kerajaan (GLC) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik sesiapa disukai.

“Ia ditubuh dan digerakkan seperti sebuah koperasi yang mana Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dipilih dalam kalangan ahli-ahli yang juga pemegang saham di Pertubuhan Peladang.

“Perlantikan menteri secara melampau dalam PPK, PPN serta NAFAS ini akan mematahkan semangat demokrasi Malaysia Baharu yang berkehendakkan amalan demokrasi tulen yang dipraktikkan peladang selama ini,” katanya memetik laporan Utusan ONLINE.

Beliau juga turut meminta Datuk Salahuddin Ayub selaku menteri memulihkan kembali semangat demokrasi dengan meneliti semula pindaan atau bakal berdepan dengan tindakan balas yang lebih tegas daripada pertubuhan peladang. – 5 Mei 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.