KUALA LUMPUR – Satu lagi himpunan akan dilaksanakan pada 15 Jun ini anjuran daripada Pertubuhan Sekretariat Suara Rakyat UMNO dan Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), kata Datuk Lokman Noor Adam.

Adam yang merupakan pengerusi program yang diberi nama Himpunan Perpaduan Rakyat Bantah Statut Rom (1506) itu memaklumkan tujuannya adalah untuk menarik balik ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita harap perhimpunan pada 15 Jun 2019 keadaan akan jauh lebih baik, perhimpunan kita tidak terjurus kepada perpaduan ummah tetapi lebih kepada perpaduan rakyat menolak PH.

“Kita juga nak tegaskan perhimpunan pada 15 Jun ini hanya akan dibatalkan sekiranya sebelum 31 Mei, kerajaan mengambil keputusan untuk menunaikan janji untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada sidang media hari ini.

Himpunan yang bakal diadakan ini adalah kesinambungan daripada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) yang diadakan di hadapan Sogo semalam. – 5 Mei 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.