KUALA LUMPUR – PAS kesal dengan tindakan terdesak Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan, kata Pesuruhjaya PAS Sabah.

Mohd Aminuddin Aling menganggap tindakan Ketua Menteri Sabah itu yang mengatakan sekiranya PAS menyokong Parti Bersatu Sabah (PBS), banyak perkara yang bakal diharamkan itu dianggap sebagai tindakan beremosi dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.

Tambah beliau, kenyataan daripada Shafie Apdal itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap agama Islam.

“Sebagai seorang Islam, sepatutnya Shafie tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

“Kenyataan seumpama ini menampakkan seolah-olah Pakatan Harapan dan Warisan sangat tertekan dalam PRK Sandakan kali ini.

“Saya menasihatkan kepada Shafie supaya berpolitik dan berkempen dengan lebih matang. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga memberi gambaran negatif terhadap Islam,” katanya.

Aminuddin berkata PAS tidak pernah secara suka hati mengharamkan sesuatu tanpa berlandaskan kepada syariat Islam.

“PAS merupakan sebuah parti yang jauh lebih berpengalaman dalam pentadbiran negeri khususnya Kelantan.

“Kami tidak pernah mengharamkan sesuatu perkara sesuka hati. Falsafah perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah bersifat mendidik dan patuh kepada ajaran al-Quran,” katanya mengerusi kenyataannya baru-baru ini. – NTHQiBord 5 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.