KUALA LUMPUR – Arwah Muhammad Adib dinobat sebagai Tokoh Wira Muda Negara sempena Hari Bomba baru-baru ini.

Anugerah ini diberikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah atas keberanian dan pengorbanan arwah dalam kejadian rusuhan di Kuil Mahamariamman November tahun lalu.

“Sempena sambutan hari Bomba baru-baru ini , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru masyarakat Malaysia khususnya pihak kerajaan Malaysia agar tidak memandang sepi kehilangan nyawa seorang anggota Bomba semasa rusuhan di Kuil Mahamariamman di Seafield USJ 25 pada bulan November 2018,” demikian ujar Ustaz Abdul Hadi Omar, Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dalam kenyataan media itu juga beliau berharap keadilan akan berpihak kepada Allayarham Muhammad Adib yang dalam prosiding inkues yang ditetapkan oleh mahkamah dan mengharapkan tiada “double standard” daripada pihak yang terlibat dalam inkues siasatan ini.

“Pihak kami yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia merasai kesedihan di atas apa yang berlaku kepada arwah Adib dan menganggap arwah merupakan seorang wira negara dengan pengorbanan yang telah dilakukan ketika bertugas,” ujar beliau lagi.

Bagi menyampaikan anugerah ini kepada keluarga arwah, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah telah mengunjungi bapa Allayarham dan menyampaikan sendiri anugerah itu sebagai tanda penghargaan dengan pengorbanan besar Arwah ketika menjalankan tugas demi negara.

Ustaz Abdul Hadi mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Kedah bersempena bulan Ramadan ini mendoakan keadilan akan berpihak kepada keluarga anak jati Kedah ini dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – NTHQIBORD 6 MEI 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.