KUALA LUMPUR – Datuk Syed Jamil Syed Jaafar yang merupakan bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini.

Memetik laporan BERNAMA, isteri Allahyarham Datin Haryani Abdul Jamil ketika dihubungi pagi ini berkata Syed Jamil, 68 meninggal dunia pukul 4 pagi tadi.

Datuk Syed Jamil Syed Jaafar meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini.

“Jenazah telah dibawa ke rumah ibu saya di Sentul. Jenazah akan dibawa ke Madrasah Tarbiyah, Gombak untuk dimandi dan disembahyangkan,” katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak.

Syed Jamil, mula berkhidmat sebagai wartawan kadet di Bernama pada 16 Dis 1969 dan menjadi Ketua Pengarang pada 1995 seterusnya dilantik sebagai Pengurus Besar mulai 23 Okt 2000 sebelum bersara pada 2007. -BERNAMA, 6 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.