Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya sudah mengarahkan serangan besar-besaran terhadap kumpulan Hamas dan Jihad Islamiah dalam pertempuran merentas sempadan terburuk, sejak keganasan pada November lalu.

GAZA – Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut awal bulan puasa Ramadan namun di Palestin tujuh penduduk terkorban akibat serangan Israel, semalam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya sudah mengarahkan serangan besar-besaran terhadap kumpulan Hamas dan Jihad Islamiah dalam pertempuran merentas sempadan terburuk, sejak keganasan pada November lalu.

Di Gaza, sekurang-kurangnya tujuh penduduk terbunuh akibat serangan Israel, menurut pegawai kesihatan.

Antara yang terkorban adalah seorang komander Hamas, Hamed Ahmed Al-Khodary.

Sementara itu serangan roket dari Gaza turut mengorbankan tiga orang di Israel.

Bagi penduduk Gaza, lonjakan kekejaman itu berlaku sehari sebelum bulan suci Ramadan. Secara tradisinya, waktu ini mereka beribadat, makan bersama keluarga atau membeli-belah barangan keperluan.

Sejak Jumaat lalu, 13 penduduk Palestin terkorban termasuk seorang bayi berusia 14 bulan dan ibu saudara bayi itu dalam serangan udara, menurut kementerian kesihatan. – Reuters, 6 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.