KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan hanya orang bodoh yang percaya isu agama dan perkauman yang dipermainkan oleh pembangkang.

Menurut beliau isu tersebut dimanipulasikan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berharap supaya orang Melayu khususnya berfikir secara rasional dan bukannya terpengaruh dengan isu-isu sedemikian.

Antara isu bersifat perkauman yang dibangkitkan adalah Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh menterinya, Lim Guan Eng dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Kata beliau juga, hal ini berikutan sokongan orang Melayu itu sudah berpecah kepada lima haluan antara Pas, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Siapa mencuri duit? Kamu masih mahu mereka (Kerajaan Najib)? Kamu boleh memilikinya. Kementerian Kewangan beli (aset-aset Tabung Haji) RM19 bilion. Kamu tidak gembira? Sesuatu tidak betul,” katanya Tun Daim dalam wawancara bersama This Week in Asia oleh South China Morning Post. – 6 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.