KUALA LUMPUR – Selepas dua hari serangan Israel terhadap Gaza, Israel dijangka melancarkan serangan darat pula.

Menurut sumber berita al-Jazeera, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan kereta kebal, artileri dan pasukan infantri untuk mengukuhkan tentera yang sudah ditempatkan berhampiran Gaza, satu langkah yang menimbulkan kebimbangan terhadap serangan darat.

Sebelum ini Pesawat tempur dan kapal perang Israel terus menyasarkan Gaza pada hari Ahad lalu dan mengorbankan Seorang komander Hamas, Hamad al-Khodori yang berusia 34 tahun.

Israel mendakwa Hamad “memindahkan sejumlah besar wang” dari Iran kepada puak bersenjata di Gaza.

Dalam serangan dua hari tersebut kira-kira 24 rakyat palestin terbunuh, termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi serta ratusan yang lain cedera.

Selain itu serangan Israel turut memusnahkan bangunan yang menempatkan Biro Gaza dari agensi berita Anadolu yang dikendalikan oleh Turki.

“Kami menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak pantas untuk meredakan ketegangan yang telah meningkat akibat tindakan tidak seimbang Israel di rantau ini,” kata kenyataan Kementerian Luar Turki.

Pada masa yang pejuang Israel bertindak balas dengan melancarkan ratusan serangan roket ke Selatan Israel.

Unit bersenjata di Gaza, yang dikenali sebagai Markas Operasi Bersama, termasuk sayap tentera Hamas dan Gerakan Jihad Islam di Palestin, berikrar pada hari Sabtu lalu untuk bertindak balasnya jika tentera Israel terus menyerang Gaza.

“Tentangan kami akan lebih meluas dan lebih menyakitkan jika Israel melakukan pencerobohan darat, dan kami bersedia menjadi perisai perlindungan rakyat dan tanah kita,” kata Markas Operasi Bersama dalam satu kenyataan. – 6 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.