Tambahnya tindakan ini berkemungkinan memberi peluang kembali untuk Barisan Nasional (BN) merampaskan kembali tampok kepimpinan negara.

KUALA LUMPUR – Ada baik sekiranya kerajaan DAP-PH mengekalkan Kabinet sedia ada, kata Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagaimanapun mengakui barisan jemaah menteri menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan meskipun hampir setahun memegang porftfolio masing-masing.

Mohd Sharkar berkata sekiranya kerajaan bertindak untuk tidak menukar Kabinet ianya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai pentadbiran kerajaan.

Mohd Sharkar berkata sekiranya kerajaan bertindak untuk tidak menukar Kabinet ianya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai pentadbiran kerajaan.

Tambahnya tindakan ini berkemungkinan memberi peluang kembali untuk Barisan Nasional (BN) merampaskan kembali tampok kepimpinan negara.

“Dari segi penilaian pentadbiran, sememangnya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kalau nak tukar atau tidak.

“Tapi kalau tidak tukar kita lagi suka,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Lanchang itu berkata, rakyat telah memberi peluang kepada mereka untuk berada di kerajaan namun disia-siakan.

“Kerana lagi banyak kesilapan yang mereka buat rakyat akan kurang kepercayaan dan berkemungkinan akan kembali memilih BN menerajui kerajaan pada PRU15.

“Selepas setahun mereka menang, rakyat kini sudah boleh membuat perbandingan, dan penilaian diantara BN dengan prestasi kerajaan sekarang,”katanya. – NTHQiBord, 6 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.