KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan nilai 5 daripada 10 kepada Kabinet sekarang.

Penilaian itu diberi ketika menjawab pertanyaan wartawan dalam suatu pertemuan sempena tahun pertama Pakatan Harapan memerintah Malaysia.

Menjawab pertanyaan lain, beliau menjelaskan tidak akan ada rombakan Kabinet.

“Saya tidak melihat sebarang sebab mengapa saya perlu menyusun semula Kabinet. Tidak akan ada rombakan,” katanya

“Saya sangat konservatif. Saya mempimpin kerajaan selama 22 tahun dan saya tahu bagaimana fungsi kerajaan, tetapi orang-orang (menteri) ini baru, mereka tidak tahu bagaimana fungsi kerajaan.

“Mereka sangat takut untuk dituduh melakukan kesalahan dan semua ini membuat keputusan lebih sukar.

“Tetapi mereka belajar dengan cepat. Kadang-kadang mereka datang kepada saya kerana saya mempunyai pengalaman. Saya perlu mengajar dan membimbing mereka supaya mereka boleh melakukan,” kata Dr Mahathir.

Terdapat spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang belum selesai kerana persepsi yang semakin meningkat bahawa sesetengah menteri tidak melakukan ekspektasi. – 6 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.