Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat telah membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

KUALA LUMPUR – Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah retorik semata namun hakikatnya ada watak lain yang lebih dominan dalam membuat keputusan penting khususnya berkenaan hal ehwal negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Bera itu percaya bahawa cadangan itu adalah permulaan untuk DAP menghapuskan keistimewaan orang Islam dalam memastikan negara ini mengamalkan konsep Malaysia Malaysian.

Beliau turut meluahkan rasa hairan apabila ketika persidangan Dewan Negara, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menjaga hati sekutu rapatnya DAP selepas seorang senator dari parti itu mengusulkan untuk menghapuskan perkataan ‘agama’ di kad pengenalan.

“Namun yang paling menyedihkan bagi saya, menteri dalam negeri adalah seorang Islam Melayu.

“Sepatutnya tidak payah kata kita akan kaji dulu cadangan tersebut, tidak perlu.

“Cakap secara terus kita tolak cadangan ini, kerana secara jelas ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

“Lagipun perkara ini adalah sensitif kepada orang Melayu dan Islam kalau dibiarkan mungkin akan menimbulkan bencana kepada perpaduan negara, ” kata semasa program temubual di Nothing To Hide dalam sesi Bicara Ketua Pembangkang, hari ini.

Beliau percaya bahawa cadangan itu adalah permulaan untuk DAP menghapuskan keistimewaan orang Islam dalam memastikan negara ini mengamalkan konsep Malaysia Malaysian.

Tambah Ahli Parlimen Bera itu, walaupun secara jelas hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 153, namun DAP tetap berdegil dalam memastikan negara ini mengikut kehendak mereka.

“Saya percaya hasrat ini bertujuan untuk menyamaratakan semua agama atau dengan maksud lainnya tidak ada keistimewaan lagi untuk orang Islam.

“Dari segi kad pengenalan ini jika kita tunjuk untuk sebarang urusan ianya memberi kelebihan kepada kita namun selepas ini mungkin tidak.

“Mungkin di peringkat awal hasrat mereka adalah untuk menyamaratakan agama Islam dengan agama lain.

“Saya percaya kerana ada peranan DAP di belakangnya, maka kerajaan hari ini terpaksa (ikut),” ujarnya – NTHQiBord, 6 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.