GAZA- Satu perjanjian gencatan senjata dicapai antara Palestin dan Israel bagi menghentikan keganasan di Semenanjung Gaza dan selatan Israel.

“Gencatan senjata akan bermula pada Isnin 4.30 pagi waktu tempatan,” kata seorang pegawai Palestin yang enggan dikenali.

Satu lagi sumber Palestin yang rapat dengan perjanjian itu mengesahkan persetujuan itu sudah dicapai.

Selain itu sebuah televisyen milik Hamas juga mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun tiada pengesahan dari pihak rejim Zionis.

Gencatan senjata itu dicapai kurang 24 jam selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza.

Israel melancarkan serangan balas selepas mendakwa lebih 600 roket dilancarkan ke arah penempatan haram Yahudi dan lebih 150 daripnya dipintas oleh sistem anti peluru berpandu Dome.

Tindak balas ganas Israel menggempur 320 sasaran di Gaza menyebabkan 24 penduduk Palestin termasuk dua wanita mengandung dan tiga bayi.

Selain itu, seorang komander Hamas, Hamad al-Khodori turut dilaporkan terkorban dalam serangan udara rejim.

Di pihak Israel, empat pendatang haram Yahudi maut akibat serangan roket dari Gaza. – AGENSI, 6 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.