KUALA LUMPUR – Beberapa hari lalu tersebar di media maya tentang surat pemberhentian kakitangan anak syarikat Felda Global Ventures (FGV).

Surat yang bertarikh 30 April 2019 itu menyatakan Notis Penamatan Perkhidmatan Kerana Pelupusan Syarikat membabitkan anak syarikat Felda Engineering Services Sdn Bhd (FESSB).

Dinyatakan bahawa pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat telah membuat keputusan untuk memberi fokus kepada perniagaan teras.

Perniagaan bukan teras seperti FESSB yang tidak memberi pulangan akan dilupuskan secara berperingkat mulai 31 Mei 2019 hingga 31 Disember 2019.

Kesemua pekerja yang terlibat akan dibayar pampasan.

Isu ini telah mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak dan beliau melahirkan simpatinya atas nasib para pekerja terbabit.

Menurut catatan Najib dalam facebook beliau, seramai 130 kakitangan yang diberhentikan dan membabitkan satu lagi anak syarikat iaitu FELDA Properties Sdn Bhd.

Menurut Najib lagi, kedua-dua syarikat ini sudah beroperasi 30 tahun di bawah BN dan selama ini adalah syarikat yang untung. Tetapi kerajaan PH berpendapat kedua-dua syarikat ini tidak lagi diperlukan. Itulah nasib rakyat di Malaysia Baharu ini. – NTHQIBORD 6 MEI 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.