Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata DAP telah mendoktrinkan ke dalam pemikiran mereka bahawa Islam bersifat menindas bangsa lain.

KUALA LUMPUR – DAP mula menunjukkan sisi sebenar mereka apabila melabelkan Islam sebagai pengganas sehingga beberapa pemimpin daripada parti itu bertindak mengeluarkan kenyataan prejudis terhadap Islam, kata Ketua Pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata DAP telah mendoktrinkan ke dalam pemikiran mereka bahawa Islam bersifat menindas bangsa lain.

“Islam digambarkan sebagai penganas, itulah yang ada dalam kepala mereka.

Nga Kor Ming, Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Sebab itulah Nga Kor Ming bercakap kalau melibatkan kerjasama dengan PAS akan wujudnya kerajaan Taliban,”katanya.

Ismail turut berkata, DAP bimbang dengan penyatuan PAS dan UMNO kerana khuatir dengan kebangkitan rakyat khususnya Melayu yang ditindas sejak pentadbiran kerajaan DAP-PH.

“UMNO perintah lama, PAS juga perintah beberapa negeri dalam tempoh yang agak lama.

“Tidak timbulkan penindasan terhadap kaum-kaum dan agama lain,” katanya semasa program temubual di Nothing To Hide dalam sesi Bicara Ketua Pembangkang, semalam.

Ahli Parlimen Bera itu turut menambah, pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah memberi tanggapan negatif terhadap orang Cina.

Terutama ketika Pilihan Raya Umum lalu yang mencatatkan penolakkan tertinggi masyarakat Cina terhadap BN, ujar Ismail.

“Kita tidak bising pun kata Cina ini bersatu untuk apa, reaksi negatif apa pun tidak pernah diberi.

“Ini merupakan hak masing-masing, mereka dah bersatu untuk tolak kita.

“Kini kita pula bekerjasama untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia, tetapi mereka (DAP) tidak boleh terima.

“Kerana bagi mereka apa kita buat itu salah, apa yg kita buat adalah rasis. Namun apa yang DAP buat adalah untuk menjaga hak, ini tidak adil,”tegasnya. – NTHQiBord 7 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.