JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengarahkan pihak berkuasa pengangkutan mengurangkan harga tiket penerbangan menjelang perayaan Aidilfitri.

Tambang mahal mencetuskan kemarahan penduduk sejak awal tahun ini dan ia kekal tinggi walaupun kerajaan menggesa harga dikurangkan Februari lalu.

Harga tiket menyebabkan pelancong enggan menaiki kapal terbang dan meningkatkan inflasi.

Ketua Menteri Ekonomi, Indonesia, Darmin Nasution, mengarahkan kementerian pengangkutan menyesuaikan kadar harga sebelum Aidilfitri berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web pejabat Setiausaha Kabinet.

“Harga tiket mahal menyusahkan penduduk, terutama menjelang Aidilfitri apabila ramai pulang ke kampung,” menurut artikel berkenaan, merujuk ia kepada Darmin.

Jutaan rakyat Indonesia pulang ke kampung masing-masing untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga setiap tahun.

“Bagi sesuatu yang berkaitan dengan faedah komuniti lebih luas, peraturan tidak sepatutnya berdasarkan perniagaan dan pasaran semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan jumlah pengurangan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Budi Karya Sumadi berkata pihaknya akan mengadakan rundingan terbuka mengenai permintaan Darmin itu. – AGENSI, 7 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.