PH khuatir himpunan satukan rakyat

0

KUALA LUMPUR – Kerajaan DAP-Pakatan Harapan (DAP-PH) dilihat terdesak dengan menuduh Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam sebagai memperdagangkan agama, kata Pemuda UMNO Kelantan.

Kenyataan daripada pemimpin DAP-PH itu melambangkan kegusaran mereka terhadap pembangkang yang kian mendapat sokongan rakyat, kata ketuanya Noor Hariri Mohd Noor.

“Kenapa perlu takut dan meroyan? Tidak perlulah menjadi suara DAP apabila UMNO dan Pas bersama-sama perjuangkan apa yang sepatutnya.

“Himpunan tersebut satu manifestasi rakyat terhadap kecelaruan kerajaan PH hari ini yang ternyata gagal dalam mentadbir negara ke arah lebih baik,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tambah Hariri ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan daripada Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa UMNO dan PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik. – 6 Mei 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.