Pemangku Ketua Polis Negara, Chandana Wickramarate berkata pasukan keselamatan turut merampas bahan untuk membuat bom yang didakwa akan digunakan untuk serangan seterusnya, oleh militan yang terbabit dalam serangan itu.

COLOMBO: Pemangku ketua polis negara memaklumkan semua suspek yang terbabit dan dikaitkan secara langsung dengan pengeboman bunuh diri pada Hari Easter lalu sama ada sudah ditahan atau maut.

Dalam satu kenyataan audio oleh kementerian pertahanan, Pemangku Ketua Polis Negara, Chandana Wickramarate memetik sebagai berkata pasukan keselamatan turut merampas bahan untuk membuat bom yang didakwa akan digunakan untuk serangan seterusnya, oleh militan yang terbabit dalam serangan itu.

Memetik laporan Reuters, serangan berdarah di dua gereja dan hotel mewah itu mengorbankan lebih 250 orang.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata, pihaknya percaya pengeboman itu dilancarkan oleh dua kumpulan ekstremis Islam yang kurang dikenali, National Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI).

Terdahulu, kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman bunuh diri terbabit. – 7 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.