Menurut kajian, banyak permintaan terhadap buah kurma di Malaysia menjelang bulan puasa.

SETIAP kali menjelang Ramadan, buah kurma pasti akan menjadi popular dan buruan ramai.

Menurut kajian, banyak permintaan terhadap buah kurma di Malaysia menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma ini juga bagus untuk dimakan sepanjang masa?

Oleh itu, mari kita baca kupasan yang disediakan Astro Awani mengenai khasiat kurma yang mungkin anda tidak tahu:

  1. Menguatkan Memori
Kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

  1. Baik Untuk Ibu Mengandung / Berpantang

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan. Selain itu, kurma juga akan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

  1. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

  1. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

  1. Merawat Masalah Usus
Kandungan nikotin di dalam kurma membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus.

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.